ANALISIS SWOT FERRARI - Dynamic Digital

Dynamic Digital

Pendaftaran #PoWerMarketing Akan Dibuka Pada 10 Augus 2021

ANALISIS SWOT FERRARI

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Taufiq Janudin

Taufiq Janudin

Pakar Personal Coaching Fb ads

  1. Jenama imej yang diyakini
  2. Produk ini memiliki prestasi yang luar biasa dan sukar dilupakan hasil daripada gabungan yang mantap diantara kecantikan dan estetik.
  3. Jenama ini memiliki aura tersendiri yang misteri dan menawan hati
  4. Dijadikan sebagai simbol status
  5. Sentiasa berani menyahut cabaran baru dengan sifat yang positif secara berterusan
  6. Teknologi dan inovasi merupakan kunci di sebalik setiap produk.
  7. Tenaga kerja memiliki inspirasi yang tinggi kerana kebajikan mereka dijaga. Mereka sangat berpuas hati dan bangga dapat berkhidmat dengan syarikat Ferrari. Ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila Ferrari dinobatkan sebagai majikan terbaik di Eropah pada tahun 2007.


Kelemahan dalam analisis SWOT Ferrari:

  1. Model perniagaan Ferrari yang berasaskan ‘low volumes’, mengenepikan kemungkinan untuk menggunakan kaedah-kaedah teknologi tertentu.
  2. Model perniagaan yang sama juga menghadkan ‘sales volume’ walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
  3. Ferrari kehilangan ramai pelanggan dan agak ketinggalan dalam persaingan kerana “senarai menunggu” yang lama untuk pembeli mendapatkan produk ini.
  4. Menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu tahap kecekapan bahan bakar & pelepasan yang tinggi kurang disenangi oleh orang ramai yang semakin sedar dan prihatin terhadap isu pencemaran alam sekitar

Peluang dalam analisis SWOT Ferrari:

  1. Pertumbuhan pasaran global untuk ‘super-cars’ berprestasi tinggi disebabkan perubahan ekonomi dan perkembangan negara.
  2. Menembusi pasaran automotif baharu sebagai pemerkasaan jenama bagi memberi persaingan kepada persaing. Contohnya syarikat pengeluar Porshe yang membina tapak di India
  3. Memfokuskan kepada dasar pelanggan (meningkatkan daya tarik produk kepada pelbagai kumpulan pembeli) dengan menambahkan keselesaan, kelapangan, ruang bagasi, enjin yang lebih mesra pengguna dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri prestasi, eksklusif dan gaya tradisional Ferrari. Jenama ini telah lama menggunakan aspek ini dan telah menjadi penyumbang utama kepada kejayaan mereka dalam 15 tahun kebelakangan ini.
  4. Perkembangan teknologi (contohnya: menghubungkan elektronik dengan sistem mekanikal) telah memberi nafas baru untuk meneroka produk mereka.
  5. Pembungkusan. Misalnya, konsep kereta adalah dalam cabang lain yang masih memakan masa yang lama untuk dikaji.

Ancaman terhadap analisis SWOT Ferrari:

  1. Dasar automotif yang tegas dan ketat seperti norma pelepasan CO2 pada 130g/km yang didorong oleh seluruh negara, sangat sukar untuk dipatuihi kerana sifat prestasi enjin semula jadi yang dibina oleh Ferrari.
  2. Pesaingan sengit dari jenama ikonik ‘super-car’ yang lain seperti Lamborghini & Porsche.
  3. Jenama pesaing seperti Porsche tidak mengikuti jumlah rendah, model eksklusif tinggi yang sama seperti yang digunakan oleh Ferrari & oleh itu menjual lebih banyak produk & menguasai sebahagian besar ‘market share’.
  4. Sekali lagi, pesaing seperti Lamborghini & Porsche sedang memperluaskan pasaran produk ke SUV berprestasi tinggi di mana salah sebuah model Porsche iaitu “Cayenne” telah membuktikan kejayaanya di seluruh dunia terutamanya di pasaran negara India. Ferrari masih belum mengumumkan racangan untuk produk seperti itu (SUV berprestasi tinggi) hingga tahun 2009.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *